1. Blog ini terbuka kepada semua warganera Malaysia sama ada menetap di tanah air atau di luar Negara.
2. Tiada had umur.
3. Semua karya yang dihasilkan mestilah asli (original) iaitu ia tidak diceduk dari mana-mana sumber lain.
4. Karya yang diposkan di sini di larang mengandungi perkataan-perkataan lucah dan aksi-aksi ganas yang melampau.
5. Pihak Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. mempunyai hak dan kuasa untuk menapis isi kandungan sebelum ia disiarkan sekiranya pihak Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd berpendapat perlu melakukannya.
6. Hak cipta karya yang diposkan di blog ini masih menjadi hak milik penuh penulis asal. Namun Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd berhak menerbitkan manuskrip tersebut dengan persetujuan penulis mengikut terma-terma dan syarat yang dipersetujui. Karya-karya yang bermutu dan berpotensi akan dicetak di bawah terbitan Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. Jika karya yang dipos di blog ini mendapat tawaran dari penerbit lain dibukukan, penulis haruslah berbincang dengan pihak Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd terlebih dahulu.
7. Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd berhak menarik keluar sesebuah manuskrip di blog ini tanpa memaklumkan kepada pihak penulis.
8. Pihak Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan, dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan isi kandungan karya yang disiarkan di blog ini.
9. Penulis wajib menghantar sekurang-kurangnya satu bab tidak melebihi tempoh sebulan.
10. Sebarang bantahan sama ada melalui e-mel, surat, sms, telefon dan lain-lain tidak akan dilayan.